Friday 19 July 2013

premium beautiful

Assalamualaikum..

Rasa macam lama betul tak tulis blog.. been busy with my new business "baby shop" hehe
After delivered my first baby "kayisha baheerah" ( she is now 22months old ) my body figure was totally "out" la compared to before.. gemuk perut pulak tak sah cite la kan especially bile delivered by C-sect.

so i was introduced by one of my friend pasal Premium beauiful (PB) ni..at first i think the corset is so expensive! like wowww rm2k just for the corset! then i looked at my fren tu die dh kurus n peha die kecik je anak dh 2 okaaay...so i give my self a try..

Mula2 pakai mmg ketat dan tak selesa.. lama2 i rase tak bole tinggal dah PB ni..i love it so much. i traveled to London last dec'12 i wore it everyday from morning till evening.. buka mase dh nk mandi n tido je..
i can see my body shape dh lain...So i decided nk jual corset ni since i dh try sendiri .. i tau PB ni mmg menjadi dan bagus cume mesti kene istiqamah la ye!

My offer for premium beautiful RM1900 flat rate for any sizes.

payment : cash / credit card

If u guys nak fitting bole fitting at my shop. very comfy.. can serve u coffee / tea for FREE tak payah kite pegi mall minum n pegi public toilet.



Friday 10 June 2011

Tips Ingin Hamil

Alhamdulillah diizinkan Allah utk sy menulis lagi..

Kali ini saya ingin berkongsi tips bagi sesiapa yang ingin hamil..Namun perlu diingatkan bahawa ini hanyalah petua semata mata.. sesungguhnya sesuatu yang terjadi hanyalah dengan izin Allahswt.. jadi, sebelum mencuba, niat dihati kita, kita hanya bertawakal kepada Allah semata, dan ini hanya ikhtiar lalu memohon semoga Allah memakbulkan doa dan permintaan kita untuk hamil.. InshAllah

Tips:
1. Anda boleh mencuba jus buah delima atau pomegranate. Kalau boleh beli buah dan squeeze bagi mengeluarkan jus. Ini untuk diminum oleh suami ye! Ini kerana, dipercayai buah delima boleh menyuburkan sperma lelaki dan memberi lebih tenaga.. inshAllah.

2. Lakukan sewaktu kita sedang subur  dan pada waktu sebelum subuh. Lakukan berserta dengan doa..lepas tu boleh terus solat subuh.. hehe

Merancang Anak Lelaki

(petikan dari buku Dr Ali Muhammad Al-Barr)

1. Makanan yg berasid seperti: Nenas, Limau, Mangga, Cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat2 logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Lakukan pd waktu subur iaitu pd hari penetasan telur ( ovulation ) adalah penting,

Merancang Anak Perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti Limau, Asam, Nenas, cuka dan pantang makanan laut.

2. Lakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation) . Jangan bersetubuh selama 5hari mulai hari ovulation.


Selamat mencuba! Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.. tanpa usaha kita tidak bole berputus asa :)

Untuk bakal ibu

Assalamualaikum..


Anda Hamil? syukur Alhamdulillah.. Sememangnya ia adalah salah satu dari nikmat kasih sayang Allah swt ke atas hamba2Nya..tetapi banyak bakal2 ibu ini, belum tahu tips2 dan cara penjagaan semasa hamil. Begitu juga saya! 


Jadi saya harap di sini, kita dapat berkongsi ilmu, bertukar pendapat dan apa2 saja yang memberi manfaat bagi bakal ibu yang akan melahirkan anak dan tak lupa juga untuk kaum ibu...


3 bulan pertama sangat penting


Apabila sudah berjumpa dengan doktor, pasti doktor akan menasihati anda agar menjaga pemakanan dan kesihatan kerana 12 minggu pertama adalah penting.


Ini kerana, organ pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung pula, dapat dikesan seawal 6minggu kandungan. 


Cara mengiraan EDD ( expected date of delivery ) atau tarikh jangka kelahiran bayi.


tarikh akhir period + 7 , bulan hamil + 9 bulan


Cth:
tarikh akhir period 1 Februari + 7 = 8


bulan hamil + 9 bulan = februari + 9 bln = November


keputusan: tarikh EDD anda adalah 8 November 


Di sini ada zikir amalan Asma Husna setiap masa ketika hamil:


Ya khaliqu :  Yg menciptakan makhluk
Ya Baari u  : Yg menerbitkan makhluk
Ya musawwir : Yg merupakan makhluk


InshAllah akan dipelihara bayi dalam kandungan kita...Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, ianya terjadi dengan izin Allah..Maka kita perlu redha..


Mari berkongsi ilmu dan pengalaman kehamilan anda!